Followers

Wednesday, April 13, 2011

Warung Tok Wan


Warung Tok Wan???
Siapa yang tidak pernah kenal dengan "Warung Tok Wan" kan,,ramai yang kenal dengan "Tok Wan" ini.


Di sini saya ingin memceritakan sedikit mengenai "Warun Tok Wan" ini. Di warung tok wan ini terdapatnya pelbagai pelanggan yang datang untuk membeli makanan dan juga minuman di warung tok wan ini. Pelanggan yang datang di warung tok wan adalaah seperti "melayu,india,china dan lain2". Pelanggan yang datang ini semuanya bermacam-macam kerenahnya.


Dan tok wan gembira dengan dan bersyukur di warungnya ramai orang yang datang dan tidak jemu menjamu selera di warung beliau. Di dalam warung tok wan terdapat satu set tv,kipas angin dan juga astro. Tok wan sentiasa akan menghiburkan hari pelanggannya dengan membuka astro, macam-macam ada.


Tok wan adalah seorang yang berhati mulia dan berilmu, tok wan sering menasihati orang di sekelilingnya yang ada masalah. Dan tok wan tidak pernah memeikirkan sangat pasal keuntunggan di warung nya. Kerana beliau mengangap rezeki yang datang adalah dari ALLAH s.w.t.


Syarikat penerbitan astro, telah menerbitkan satu promo iklan yang berguna untuk rakyat malaysia tidak kira kaum atau agama. Astro menerbitkan iklan promo yang bertajuk "Warung tok wan macam-macam ada" adalah kerana ianya amat sesuai sekali di tunjukkan di hadapan rakyat malaysia semua.


Iklan promo tok wan yang terdapat adalah seperti..."Sarang tebuan","Susu men","Rendang tok wan","Ketupat","Denderam" dan "Tok wan raya". Kesemua iklan ini adalah kena mengena dengan falsafah masnyarakat kita. Di mana masyaratkat kita masih lagi lemah di dalam bersatu padu sesama sendiri.

Di dalam iklan denderam, menceritakan kisah terhasilnya yang lama dan juga yang baru. Fahaman yang terdapat di dalam iklan ini adalah dimana, jika tiadanya sesuatu yang lama maka tidak adalah yang baru, di mana sekarang anak muda sudah melupakan hasil yang lama dahulu kala di zaman nenek moyang, dan di zaman sekarang mereka hanya  mementingkan yang baru seperti benda moden.


Jika di lihat kembali, jika tiadanya yang lama maka tidak akan adalah yang baru. Dan begitu jualah yang ada di dalam negara kita.


Iklan yang ada di dalam warung tok wan ini adalah amat berguna untuk fahaman kita semua dan juga perlu lah di jadi kan sebgai contoh untuk kita semua. Dan bukan nya mementingkan diri sendiri. Kita harus lah bersatu padu dan berpegang teguh untuk mengeratkan lagi hubungan yang kuat unutk rakyat malaysia kita. Dan juga megeratkan lagi hubungan kekeluargaan.

No comments:

Post a Comment