Followers

Sunday, August 7, 2011

Ramadhan Sudah Tiba Adik-adik.



Assalamualaikum  adik-adik semua. Apa khabar semuanya yek..? Di harap kan semuanya sihat-sihat belaka yek. Syukur alhamduilillah kita semua di pertemukan lagi di dalam bulan yang mulia iaitu bulan yang penuh keampunan dan bulan yang penuh barakah. Cik Qi nak berkongsi dengan rakan-rakan semua mengenai bulan ramadhan ini.

Wahhhh....! tuh dia, anak bulan puasa sudah pon kelihatan yek adik-adik, syukur kita semua dah boleh bermula puasa ye kawan-kawan. Seronok kan apabila kita semua dapat mendengar pengumuman puasa ye.



Pengumuman puasa pun telah di buat, bermakna bermulalah solat sunat terawih di malam pertama puasa. Dan juga akan bermula lah puasa yang pertama yek adik-adik. Ibadah puasa adalah satu perkara yang wajib di dalam agama islam, dan ianya adalah rukun islam yang ke-3 dan wajib di patuhi oleh semua umat islam semua. Seronok kan bila kata memasuki bulan ramadhan. Mana tidak nya adik-adik, bulan ramadhan ini adalah bulan yang istimewa.  


Adik-adik ibadah puasa pun sedang kita lalui sekarang, macam mana dengan puasa adik-adik sekrang yek..?? Cik Qi harapkan adik-adik berpuasa di dalam keadaan yang elok. Dan tidak merosakkan puasa adik-adik. Cik Qi tahu, ada di antara adik-adik yang tidak tahan menahan lapar & dahaga di bulan puasa ini. Tapi jika adik-adik dapat menahan nya lagi baikkan....hehehee. Untuk adik-adik yang baru nak belajar berpuasa, mesti adik-adik berpuasa setenggah hari saja kan..?? Tak apa, itu telah memaidai untuk adik-adik yang baru nak belajar. Dan di samping itu adik-adik, selama kita berpuasa, jangan lupa kita melakukan amal ibadah, barulah puasa kita bertambah bermakna ye adik-adik.


Ha..! adik-adik, di samping adik-adik sedang berpuasa, jangan lupa adik-adik mengaji yek, dimana iannya akan memberi kan adik-adik lagi manfaat di bulan puasa. Dan selepas itu, adik-adik boleh lah menolong ibu adik-adik untuk menyiap kan juadah berbuka dan berbuka bersam-sama keluarga adik-adik. Selepas itu, bolehlah ke surau & masjid untuk menunaikan solat sunat terawih. 

Adik-adik, bulan ramadhan ini ada kelebihan nya tau, di mana kelebihan nya itu adalah, 
  • Bulan penuh dengan keberkhatan
  • Di malamnya ada lebih baik daripada 1000 bulan
  • Amal sunat sama dengan fardhu
  • Menunaikan solat fardhu mendapat 70 kali ganda
  • Bulan sabar dan pahalanya adalah syurga
  • Bulan keampunan
Ha..! adik-adik itulah serba sedikit yang Cik Qi beritahu kepada adik-adik ye. Ok lah adik-adik, Cik Qi harap kan amalan berpuasa adik-adik berjalan dengan lancar yek adik-adik. Nanti Cik Qi sambung lagi yek adik-adik, adik-adik jangan lupa baca nia berpuasa yek, dan jangan berpuasa yang-yok..hehehe. Byyeee...adik-adik....Salam.. :))
SELAMAT BERPUASA........



No comments:

Post a Comment